Rabu, 23 Mac 2011

Cabaran Kepada Kesihatan

Penyakit yang paling merbahaya sekarang bukan penyakit yang berpunca daripada kuman ataupun virus. Ia adalah penyakit kronik degeneratif yang berpunca daripada kerosakan dan degeneratif sel secara berkumpulan dalam badan manusia.

Setakat ini tidak ada cara untuk menyembuhkannya….

Laporan tahunan World Health Organisation telah memberi amaran bahawa penyakit kanser, sakit jantung dan penyakit-penyakit kronik yang lain telah meragut nyawa lebih 24 juta orang setiap tahun, dan ia akan terus membawa penderitaan dan menimbulkan ketidakupayaan kepada berjuta-juta manusia di bumi ini.

Namun penyakit degeneratif boleh dielakkan

Ramai di antara kita masih menganggap penyakit kronik penyakit yang malang; penyakit yang diakibatkan oleh umur yang meningkat dan ia tidak dapat dielakkan. Namun kita harus faham bahawa “tua” tidak bermakna sakit. Untuk mengelakkan penyakit degeneratif, kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dan cara hidup yang sihat.

Senario Masa Kini..

Pada ketika dulu, kita biasa mendengar kematian disebabkan sakit tua. Mereka ini meninggal dunia hanya disebabkan usia mereka yang telah tua dan bukan disebabkan mereka ini berpenyakit. Apa yang kita ketahui, bilangan orang yang meninggal dunia kerana sakit tua pada masa kini amat jarang kita dengar. Ini adalah kerana, mengikut laporan WHO, 8 penyakit pembunuh utama adalah seperti berikut:


Cuba anda perhatikan, adakah penyakit-penyakit seperti ini ada pada diri anda? Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit-penyakit ini juga telah menjadi musuh utama bagi masyarakat Malaysia, ini sungguh membimbangkan kita semua. Selain daripada 8 pembunuh utama ini, terdapat berbagai lagi penyakit yang menjadi musuh diri kita antaranya:
  • Asma/ Semput
  • Resdung
  • Buah Pinggang
  • Gastrik
  • Eczema (Penyakit Kulit)
  • Leukemia
  • Jerawat
  • Angin Pasang
  • Tekanan darah tinggi
  • Tekanan darah rendah
  • Lupus
  • Buasir
  • Gout
  • Lemah tenaga batin…
  • dan banyak lagi……

 

Adakah salah satu penyakit ini anda hidapi…???

 


 
Tahukah anda? 

Menurut kajian kebanyakan masalah penyakit ini berpunca dari radikal bebas dan toksin di sekeliling kita.

Radikal bebas mampu menyebabkan kemerosotan sel.




Gambar di atas menunjukkan bagaimana lemak yang terkandung di dalam makanan segera telah menyebabkan kemerosotan sel kerana di dalam makanan segera ini juga terkandung unsur radikal bebas. Apabila berlakunya kemerosotan sel, maka akan berlakulah berbagai penyakit degeneratif seperti di atas tadi.
Sel yang telah rosak amat memerlukan sistem pertahanan antioksidan untuk berkembang sihat. Antioksidan mampu menentang radikal bebas yang menyerang kita dalam senyap.
Radikal bebas ini datangnya dari pelbagai sumber, bahkan ada kalanya dari sumber yang kita tidak jangkakan. Antara sumbernya adalah:
  • Pencemaran
  • Air yang bertoksin
  • Radiasi dari matahari
  • Tekanan perasaan (Stress)
  • Makanan yang tidak sihat

Visi dan Keghairan Seorang Insan

Kisah USANA 

Ditubuhkan pada tahun 1992, hari ini USANA Health Sciences merupakan pengeluar dan pengedar penokok zat yang amat disanjungi. Kejayaan USANA sebahagian besarnya bergantung kepada pengasas dan pengerusinya iaitu Dr Myron Wentz. 

 

Pakar dalam bidang Pemeliharaan Sel

Dr Wentz, seorang pemegang ijazah Ph.D. dalam bidang mikrobiologi dan imunologi, merupakan peneroka terkenal antarabangsa dalam bidang pemeliharaan sel manusia untuk diagnosis penyakit berjangkit. Dr Wentz menubuhkan Gull Laboratories pada awal tahun 1970 dan menghabiskan tempoh 20 tahun untuk membangunkan produk diagnostik untuk digunakan di hospital dan makmal klinikal di merata dunia. Ini menjadikan beliau seorang pakar dalam bidang pemeliharaan sel manusia yang sihat.

Dari Peringkat Mendiagnosis Penyakit ke Tahap Mewujudkan Kesihatan Optimum

Walaupun berjaya dalam Gull Laboratories, Dr Wentz berhadapan dengan masalah ketidakpuasan diri dan juga masalah kesihatan peribadi. Beliau mendapat nasihat seorang rakan untuk memakan penokok zat yang seterusnya telah mengubah visi dan menukar haluan karier beliau. Memandangkan kedua-dua ibu bapa beliau meninggal akibat penyakit degeneratif, ahli sains dari North Dakota ini mengambil keputusan untuk mengubah haluan kepakaran beliau dari mendiagnosis penyakit ke bidang mempromosi kesihatan badan.

Mencatat Piawai Kecemerlangan yang Baru

Setelah mengetahui kepentingan zat yang baik terhadap fungsi sel yang optimum, Dr Wentz mulai menguji kehadiran penokok zat dalam makmal analitisnya. Beliau mendapati kebanyakan zat tidak dapat membekalkan nutrien yang mencukupi dan seimbang kepada badan manusia. Beliau juga mendapati zat-zat tersebut selalunya berkualiti rendah dan mempunyai kesan biologi yang lemah. Lantas, Dr Wentz menubuhkan USANA pada tahun 1992. Dia bercita-cita untuk membangunkan siri penokok zat yang seterusnya telah mengubah piawai kecemerlangan dalam industri berkenaan.

Berkongsi Visi Kesihatan

Sekarang, beribu-ribu orang di merata dunia berkongsi visi dengan Dr Wentz untuk menjaga kesihatan masing-masing melalui pemakanan yang baik, dan mereka yakin bahawa USANA dapat membawa kebahagiaan kepada keluarga mereka. Impian Dr Wentz untuk melahirkan “sebuah dunia yang bebas daripada kesengsaraan” telah mendorong beliau untuk menguruskan Sanoviv Medical Institute di Baja, Mexico, iaitu sebuah institusi perubatan yang canggih, begitu juga Wentz Medical Centre untuk kanak-kanak di Gaba, Uganda.

 

ANUGERAH THE PERSONALITY AWARD 2008

Dr. Myron Wentz telah menerima The Personality Award pada tahun 2008. Ianya merupakan satu anugerah yang diiktiraf dan dikelolakan oleh badan bebas yang juga mengelolakan The BrandLaureate Award. The Personality Award merupakan satu anugerah yang mengiktiraf tokoh-tokoh yang telah menyumbangkan sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat dunia.


 

ALBERT EINSTEIN AWARD

Albert Einstein Award merupakan satu anugerah yang sangat berprestij terulung di dalam dunia Sains. Nama anugerah ini sendiri diambil sempena nama saintis lagenda dan terkenal iaitu Albert Einstein. Disebabkan Dr. Myron Wentz telah menyumbangkan baktinya yang sangat besar di dalam bidang Sains Kesihatan, Dr. Myron Wentz telah dianugerahkan Albert Einstein Award. Sejak anugerah ini diwujudkan, hanya 8 orang sahaja yang menerima anugerah ini, Dr. Wentz adalah seorang daripadanya. Amat membanggakan.




Kenapa USANA


Khamis, 11 November 2010

Sedarkah Anda Bahawa...

Penyakit yang paling berbahaya sekarang bukannya penyakit yang berpunca dari kuman atau virus. Ia adalah penyakit kronik degeneratif yang berpunca daripada kerosakan dan degeneratif sel secara berkumpulan dalam badan kita.

Rabu, 10 November 2010

Permulaan Bicara

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada para pengunjung budiman sekalian yang sudi untuk melayari laman web ini. Adapun saya bukanlah perawat dan jauh sekali seorang doktor. Saya hanyalah seorang insan yang telah menceburi bidang perniagaan USANA ini baru setahun dan telah pun mempunyai sedikit sebanyak ilmu tentang penjagaan kesihatan untuk dikongsi bersama tuan-tuan, puan-puan, abang-abang, kakak-kakak serta adik-adik yang saya muliakan sekalian. Alhamdulillah manfaatnya telah banyak saya rasai hasil penggunaan yang konsisten. Begitu juga dengan keluarga saya sendiri dan sahabat handai. Juga kepada mereka yang tidak pernah saya kenali sebelum saya menceburi bidang ini hasil dari pengagihan risalah-risalah USANA dari rumah ke rumah serta menyelitkannya didalam suratkhabar dan sebagainya. Kini terbina jua satu lagi medium untuk menyebarkan kebaikan USANA ini iaitu laman web. Saya mengharapkan para pengunjung laman web ini akan terpanggil untuk cuba menggunakan produk-produk USANA. Saya akan mencuba sedaya upaya untuk menambahkan lagi maklumat-maklumat yang penting untuk para pengunjung budiman dari masa ke masa.

Anda tentu bertanya mengapa saya menjadi pengguna dan menceburi bidang perniagaan bersama USANA. Saya telah diperkenalkan produk USANA ini dr kakak saya sendiri YB. Suraya dan beliau telah menggunakan produk ini dengan konsisten selama setahun lebih. Setelah beliau mencuba, beliau amat yakin dengan kemujaraban produk USANA tersebut. Seterusnya memperkenalkan produk tersebut kepada mak, ayah, saya dan ahli keluarga yang lain. Saya sendiri juga telah menggunakan produk USANA tersebut dan alhamdulillah masalah migrain serta keguguran rambut saya berkurangan. Dan badan saya juga terasa ringan, mudah untuk bangun tidur. Tiada lagi sakit2 badan. Keletihan selepas seharian di pejabat berkurangan dengan ketara. Dipejabat tidak merasa mengantuk atau letih. Kebas-kebas di kami alhamdulillah berkurangan.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat faedah kesihatan yang maksimum menggunakan produk USANA ini. Juga setinggi-tinggi terima kasih buat En. Goh Thuan Lin yang telah memperkenalkan dan memberi keyakinan kepada kami sekeluarga untuk mencuba produk USANA ini. Akhir kata, saya amat yakin rangkaian produk USANA adalah penyelesaian kepada kebanyakan masalah kesihatan manusia masa kini.